Aktiviti 1 - Tugasan Harian
Calon dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis
laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sumber,
membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat dan lain-lain
berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral.
Pertimbangan yang perlu diambil kira :
(a) Guru perlu merancang 8 – 10 tugasan yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Moral.
(b) Tugasan yang diberikan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa.
(c) Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman
tentang nilai,pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral.
(d) Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa.
(e) Setiap tugasan mestilah lebih kurang 250 patah perkataan dan ditulis pada kertas A4.
(f) Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya 8 hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio.
Aktiviti 2 - Kerja Amal
Calon dikehendaki melibatkan diri dalam empat kerja amal yang berkaitan dengan tiga
bidang pembelajaran Pendidikan Moral iaitu :
BIDANG :
Perkembangan Diri
1 aktiviti
Kekeluargaan
1 aktiviti
Alam sekitar
2 aktiviti - *1 aktiviti semasa Tingkatan 4 dan 1 lagi semasa Tingkatan 5
Calon dikehendaki melampirkan bahan
seperti sijil penghargaan, surat akuan, gambar atau apa-apa bahan yang
boleh dijadikan bukti penglibatan kerja amal yang telah dilakukan.
* Pelajar tidak dibenarkan menandatangani surat akuan sendiri bagi pihak ibu bapa atau guru.
Tindakan akan diambil terhadap pelajar yang meniru tandatangan guru.
Antara kerja amal yang boleh dijalankan ialah :
(i) bergotong royong membersihkan kawasan rumah/sekolah
(ii) mengindahkan atau mencantikkan kawasan perumahan/sekolah
(iii) membimbing pelajar lain terutama yang lemah dalam pelajaran atau permainan
(iv) menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan peti surat
(v) membaikpulih perabot sekolah
(vi) membersihkan taman rekreasi
(vii) mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan
(viii) membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim
(ix) membantu ibu bapa
(x) melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan kepada masyarakat
Panitia Pendidikan Moral Seri Kota
Wednesday, 28 March 2012
NILAI-NILAI MORAL
Bil
|
Nilai
|
Penerangan/Definisi
|
1
|
Kepercayaan kepada Tuhan
|
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras
dengan prinsip rukun negara.
|
2
|
Amanah
|
Sikap bertanggungjawab yang
boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
|
3
|
Harga Diri
|
Keupayaan dan keyakinan
diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan
|
4
|
Bertanggungjawab
|
Kesanggupan
diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna
|
5
|
Hemah Tinggi
|
Beradab sopan dan berbudi pekerti
mulia dalam pergaulan
seharian
|
6
|
Toleransi
|
Kesanggupan bertolak ansur, sabar
dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup
|
7
|
Berdikari
|
Kebolehan dan
kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada
orang lain.
|
8
|
Kerajinan
|
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi
dan berdaya
maju dalam melakukan sesuatu perkara
|
9
|
Kasih Sayang
|
Kepekaan dan perasaan cinta
yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
|
10
|
Keadilan
|
Tindakan dan
keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
|
11
|
Rasional
|
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata
dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
|
12
|
Kesederhanaan
|
Bersikap tidak
keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sana ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
|
13
|
Kasih Sayang terhadap keluarga
|
Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
|
14
|
Hormat dan taat kepada anggota
keluarga
|
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia
|
15
|
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
|
Menerima,menghormati,mengamalkan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
|
16
|
Tanggungjawab terhadap keluarga
|
Kewajipan yang harus dilaksanakan
oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga
Bahagia, meningkatkan
imej dan menjaga maruah
keluarga
|
17
|
Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar
|
Kesedaran
tentang perlunya memelihara dan memulihara alam
sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
|
18
|
Keharmonian antara manusia dengan alam
sekitar
|
Keadaan saling
memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam
sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara
|
19
|
Kemapanan Alam Sekitar
|
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab
bersama untuk kesejahteraan hidup
|
20
|
Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar
|
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam
sekeliling dan berusaha menyelesaikannya
|
21
|
Cinta akan Negara
|
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri
|
22
|
Taat Setia kepada Raja dan Negara
|
Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
|
23
|
Sanggup berkorban untuk Negara
|
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti untuk negara
|
24
|
Melindungi Hak kanak-kanak
|
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi
menjamin kehidupan meraka yang sempurna
|
25
|
Menghormati Hak Wanita
|
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi
sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara
|
26
|
Melindungi hak pekerja
|
Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam
pembangunan negara
|
27
|
Menghormati hak golongan kurang berupaya
|
Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya
tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan
|
28
|
Melindungi hak pengguna
|
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang
berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah
dieksploitasi.
|
29
|
Mematuhi peraturan dan undang-undang
|
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah
ditentukan tanpa
mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
|
30
|
Kebebasan bersuara
|
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan
tertentu bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman
|
31
|
Kebebasan beragama
|
Kebebasan setiap individu menganuti
dan mengamalkan
agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia
|
32
|
Penglibatan diri dalam pembangunan
Negara
|
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan
negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan perlembagaan
Malaysia.
|
33
|
Sikap keterbukaan
|
Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan
selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
|
34
|
Hidup bersama secara aman
|
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan
kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan
budaya.
|
35
|
Saling membantu dan bekerjasama
|
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat
individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
|
36
|
Saling menghormati antara negara
|
Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan
sejagat.
|
PERINGATAN
Pelajar digalakkan untuk menghafal kata-kata kunci
untuk setiap nilai. Pelajar mesti menghafal sekurang-kurangnya dua kata kunci.
Apabila pelajar diminta untuk menerangkan/menghuraikan/menjelaskan nilai,
pelajar cuma perlu menjelaskan kata-kata kunci sahaja. Jangan tulis kesemua
definisi nilai berkenaan. Semoga kata-kata kunci di atas yang berwarna biru
membantu anda untuk mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.
PANITIA PENDIDIKAN MORAL 2012
PENGETUA
EN. OTHMAN BIN SAGAP
GPK PENTADBIRAN
EN. ABD GHANI BIN AHMAD
GKMP KEMANUSIAAN
PN. HJH PUSPA BT ADAM
KETUA PANITIA
CIK SUHAILA BINTI OTHMAN
SETIAUSAHA
PN. MARINA TAN BIN ROSS TAN
AJK :
EN. MOHD ZAHARI BIN ARIFFIN
PN. WEE HUI HUI
CIK PANG THENG THENG
PN. ONG YAN
PN. WEE HUI HUI
CIK PANG THENG THENG
PN. ONG YAN
Subscribe to:
Posts (Atom)